Skip to main content

Cliché Insurans & Takaful

 Assalamualaikum dan selamat sejahtera. 

Diharap semua pembaca blog simple ni berada dalam keadaan sihat dan baik sentiasa. 11 Oktober 2021 merupakan satu tarikh yang kita nanti-nantikan. Di mana kadar peratusan vaksinasi dewasa Covid-19 telah mencapai 90 peratus di Malaysia dan sempadan negeri telah pun dibuka. Semoga ini menjadi tunjang kebangkitan Malaysia, tanah air tercinta kita. 

     Entri kali ini berkaitan dengan insurans dan takaful. Saya ingin bertanya kepada pembaca semua, sudahkan anda mempunyai apa-apa pelan perlindungan takaful ? Jika sudah, alhamdulillah dan tahniah kerana anda telah pun menyediakan dana kecemasan sekiranya berlaku perkara yang tidak dapat dielakkan seperti kematian, sakit kronik mahupun kemalangan. 

 

                  "Eleh, ini tak lain tak bukan nak promote insurans takaful lah ni. Hmm..."

        "Eh, sebelum encik/cik jump to conclusion, dah ada ke belum pelan perlindungan takaful ?" 

 Dan, saya percaya ramai antara pembaca disini dah boleh tahu how the conversation goes on. Sebab itu lah saya cakap cliché sangat entri ni. 

 Sekarang ni, dunia sedang berperang dengan wabak Covid-19. Dan, ramai antara kita pun ada yang kehilangan keluarga, sahabat serta insan yang tersayang akibat wabak ini. Risiko untuk kita dijangkiti wabak ini memang ada. 

Dan sekiranya kita masih dikurniakan kesihatan dan kudrat, tak salah untuk kita menjaga kesejahteraan hidup kita sendiri dengan menyediakan perlindungan takaful. 

Siapa lagi nak sayang diri kita, kalau bukan kita sendiri ?

 Kalau belum ada takaful, tak salah untuk kita segera adakan sekurangya-kurangnya SATU. Lebih baik ada daripada tiada langsung ;)

 

#PruBSN

#TakafulForAll

#1Keluarga1Hibah

#MedicalCard4Everyone

 


 

Comments