Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Diharap semua pembaca blog simple ni berada dalam keadaan sihat dan baik sentiasa. 11 Oktober 2021 merupakan satu tarikh yang kita nanti-nantikan. Di mana kadar peratusan vaksinasi dewasa Covid-19 telah mencapai 90 peratus di Malaysia dan sempadan negeri telah pun dibuka. Semoga ini menjadi tunjang kebangkitan Malaysia, tanah air tercinta kita. Entri kali ini berkaitan dengan insurans dan takaful. Saya ingin bertanya kepada pembaca semua, sudahkan anda mempunyai apa-apa pelan perlindungan takaful ? Jika sudah, alhamdulillah dan tahniah kerana anda telah pun menyediakan dana kecemasan sekiranya berlaku perkara yang tidak dapat dielakkan seperti kematian, sakit kronik mahupun kemalangan. "Eleh, ini tak lain tak bukan nak promote insurans takaful lah ni. Hmm..." ...